Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan kesukaran dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan tapak batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di Ipoh, Perak.<br /><br />Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, struktur tanah yang tidak stabil berisiko tinggi untuk melakukan kerja pengorekan kerana dibimbangi batu akan terjatuh menimpa pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
